Thursday, 10 September 2015

15 Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah, haruslah diserikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara secara tak langsung dapat diserapkan kepada anak pelajar melalui program-program seumpama ini. Jom kita tinjau apa idea aktiviti menarik yang boleh dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan.


15 Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan



1. Kayuhan Merdeka
Bagi sekolah yang mempunyai ramai bilangan pelajar yang datang ke sekolah dengan menaiki basikal, maka aktiviti ini memang terbaik jika dijalankan. Tak perlu sehingga ke jalanraya utama untuk berkayuh jika bimbangkan keselamatan pelajar. Cukuplah sekadar kayuhan dalam kawasan sekolah dengan membaca bendera Malaysia. Jangan lupa, satu juga basikal untuk Pengetua atau Guru Besar!

kayuhan merdeka


2. Larian Merdeka
Program seumpama ini sebenarnya boleh dijalankan dalam skala yang besar. Iaitu pihak sekolah boleh melibatkan semua warga sekolah bagi tujuan Larian Sempena Kemerdekaan. Senang kan? Cuma tetapkan hari, kumpulkan warga sekolah dan sila lah berlari. Ini juga antara aktiviti yang senang dikawal.

larian merdeka


3. Konvoi Merdeka
Bagi sekolah dengan bilangan pelajar ke sekolah dengan menaiki motosikal yang ramai, maka mungkin anda boleh cuba aktiviti ini. Iaitu Konvoi Merdeka. Kumpulkan bilangan motosikal atau kereta yang mencukupi, hiaskan dengan bendera Malaysia, dan kemudiannya mulakan konvoi anda. Boleh berkonvoi jauh ke kawasan menarik di sekitar tempat anda atau cukup berkonvoi dari luar pagar sekolah ke dalam  kawasan sekolah sebagai simbolik upacara penyerahan bendera kepada Pengetua.

konvoi merdeka


4. Tayangan Filem Merdeka
Kadang-kadang atas sebab beberapa faktor, pelajar sekarang jarang diberi peluang menonton cerita keperwiraan yang menjadi idola kita pada suatu hari dulu. Watak-watak dalam filem "Sarjan Hasan", "Leftenan Adnan" dan "Hati Malaya" sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada para pelajar dalam menghayati erti perjuangan yang sebenar. Secara tak langsung juga, dapat mereka belajar pasal sejarah dahulu kala.

tayangan filem merdeka


5. Ceramah Tokoh
Bagi sekolah yang berada di tempat bersejarah atau pun mengenali tokoh-tokoh yang pernah terlibat mengusir penjajah dari bumi Malaysia ini, maka anda boleh jemput mereka untuk berkongsikan pengalaman dan kisah menarik mereka. Mendengar daripada orang yang mengalaminya sendiri, tentu memberi lebih banyak kesan kepada mereka yang mendengar. Bukan senang nak dapat tengok 'bukti hidup'. Jika mereka dah tiada, waris mereka juga merupakan calon yang sesuai untuk difikirkan.

ceramah tokoh kemerdekaan


6. Gantung Kain Rentang
Ini aktiviti normal bagi hampir kesemua sekolah yang mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Kain rentang dengan warna dan juga kata-kata patriotik dihias indah di seluruh kawasan sekolah. Tak dilupakan juga bendera Malaysia dan negeri masing-masing yang menjadi kebanggaan. Cadangan saya, jika mahu berjimat, maka tuliskan saja "Selamat Hari Kebangsaan" tanpa perlu menulis tahun atau sambutan kali ke berapa. Nanti tahun depan boleh guna lagi!

Gantung kain rentang merdeka


7. Hias Kelas
Bagi nak menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah, maka jangan lupa juga hiaskan kelas anda dengan hiasan yang bertemakan Kemerdekaan. Bendera Malaysia dan bendera negeri merupakan antara hiasan wajib ada dalam kelas. Tak lupa juga poster dengan wajah-wajah tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Kata-kata patriotik daripada tokoh-tokoh ini juga boleh dijadikan poster hiasan dinding yang menarik.

hias kelas kemerdekaan


8. Nyanyian
Bab nyanyi-nyanyi nih orang Malaysia memang johan lah. Dari yang kecik, sampai lah yang ke tua, semua pandai menyanyi. Maka untuk itu buatlah persembahan nyanyian di dataran sekolah. Mungkin seminggu sekali dalam bulan Kemerdekaan, atau pun setiap hari dalam minggu sambutan. Setiap kelas yang mempersembahkan nyanyian mereka perlulah mengenakan pakaian tradisional bagi menambah seri.

nyanyian merdeka


9. Main Muzik Tradisional
Bakat hebat macam nih memang jarang nak jumpa. Tapi kalau kat sekolah cikgu ada pelajar-pelajar yang pandai main alat muzik tradisional macam Er-Hu, Betaboh, Tabla, Gendang Cina, Seruling, Gamelan, Angklung, Sumputon dan lain-lain, maka sila lah gunakan bakat mereka dengan seadanya. Sekurang-kurangnya ini juga peluang mereka untuk mengasah bakat. Dalam masa yang sama tentu muncul peminat dan penggemar baru bagi alat muzik tersebut.

Alat muzik sempena merdeka


10. Bendera Botol
Ini antara aktiviti yang saya rasa banyak sekolah dah buat sejak dari zaman berzaman. Namun keseronokannya masih boleh dirasakan apatah jika dibuat beramai-ramai. Boleh arahkan pelajar mengumpulkan botol mineral bersaiz kecil. Warnakan mengikut bendera jika rajin. Kemudian susun di pagar sekolah mengikut bendera Malaysia, atau mengikut kata-kata sempena Merdeka.

Bendera Malaysia daripada botol


11. Bina Model Bangunan Bersejarah
Jika nak tambahkan lagi rasa kemeriahan sambutan Merdeka di sekolah, boleh juga binakan model sementara bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Bayangkan jika Kota A Famosa versi mini dan model dibina di kawasan strategik sekolah anda, bersebelahan dengan bangunan bersejarah lain yang ada di Malaysia, tentu sesuai sekali dijadikan lokasi fotografi terbaik di sekolah!

bina model bangunan bersejarah


12. Lakonan Semula Adegan Sejarah
Sekolah dengan pasukan teater atau drama yang aktif boleh mengadakan lakonan semula adegan sejarah perjuangan Kemerdekaan bagi membolehkan pelajar mengikuti kisah mereka dengan lebih dekat. Kalau nak lebih menarik, boleh terus adakan di kawasan terbuka seperti kantin, dewan sekolah atau dataran perhimpunan, tanpa perlu ada perancangan yang rapi. Spontan!

Lakon semula adegan sejarah


13. Berpakaian Tradisional
Bagi nak memeriahkan perhimpunan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah, apa kata pihak sekolah benarkan para pelajar berpakaian tradisional untuk satu hari. Tentu menarik jika kita melihat satu sekolah dengan pakaian tradisional masing-masing. Bekalkan juga bendera Malaysia, bagi mewujudkan lagi suasana seperti yang dikehendaki. Sebelum tamat persekolahan, umumkan juga Raja dan Ratu Sehari ala-ala Prom King, Prom Queen. Tentu melaram sakan para pelajar!

Berpakaian tradisional


14. Pertunjukan Fesyen
Sekali sekala buat kelainan sambutan Merdeka dengan Pertunjukan Fesyen. Boleh anjurkan pertandingan mereka fesyen dalam kalangan para pelajar, atau pun sekadar pertunjukan fesyen-fesyen yang sesuai dengan tema kemerdekaan. Jika sekiranya sekolah anda mempunyai koleksi-koleksi pakaian tradisional dari pelbagai bangsa di Malaysia, elok juga gunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada anak murid mengenai pakaian tradisional tersebut.

Pertunjukan fesyen merdeka


15. Pameran
Akhir sekali, pameran yang berkaitan dengan Kemerdekaan boleh juga dianjurkan di sekolah. Pilih satu ruang atau kawasan yang sesuai, dan pamerkan barang-barang, atau artikel, atau gambar yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan. Tak lupa juga nak bagi lebih menarik, hias cantik-cantik kawasan tersebut dengan hiasan yang berciri Hari Kemerdekaan.

Pameran merdeka


Semoga 15 aktiviti ini dapat memberi idea kepada rakan guru dalam memikirkan aktiviti sesuai yang menarik untuk diadakan di sekolah sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Paling penting harus diingat adalah impak aktiviti tersebut kepada pelajar dalam mendidik pelajar untuk menghayati erti nilai kemerdekaan sebenar. Jom kongsikan idea sambutan daripada sekolah anda pulak!



Semarakkan sambutan kemerdekaan dengan bendera kebangsaan

BULAN Ogos dan September merupakan bulan-bulan bersejarah buat negara kita yang tercinta. Ogos adalah bulan kemerdekaan, manakala September merupakan Hari Malaysia. Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-55 dan Hari Malaysia ke-49.
Antara aktiviti yang boleh dikatakan wajib bagi menyambut bulan kemerdekaan ialah mengibarkan 'Jalur Gemilang', bendera kebanggaan negara. Bagi mereka yang nipis sifat kenegaraannya mungkin akan bertanya, "apa faedahnya mengibarkan bendera" Sebaliknya, bagi mereka yang faham dan menebal semangat kenegaraannya akan berfikir secara positif erti sebuah bendera.
Walaupun bendera hanyalah selembar kain yang dicorakkan dengan warna dan lukisan tertentu, namun bagi rakyat yang tinggi sifat patriotisme melihat Jalur Gemilang mempunyai nilai dan darjat yang cukup istimewa.
Memang makna dan erti sebuah bendera sangat dalam dan berharga. Bagi sebuah negara berdaulat, bendera merupakan simbol dan juga identiti penting bagi negara itu. Bendera melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara. Ia juga memiliki makna ideologi bagi negara itu.
Kajian ilmu tentang bendera (ilmu veksilologi ) yang diasaskan oleh Whitney Smith, 1957 adalah bukti begitu pentingnya nilai dan makna bendera bagi bangsa yang bertamadun. Kajian tentang bendera ini cukup luas cakupannya merangkumi sejarahnya, reka bentuknya, bahagian-bahagian dari bendera tersebut, gaya, warna, gambarnya, protokol-protokol bendera dan apa jua yang berkaitan dengan bendera.
Sepanjang sejarahnya, bendera yang digunakan oleh pelbagai bangsa dan negara itu mempunyai variasi (kepelbagaian) yang unik. Pada awalnya, bendera digunakan untuk membezakan pihak yang sedang berperang. Dalam sejarah Perang Salib antara Islam dan Kristian, kedua-kedua pasukan terbabit akan membawa dan mengibarkan bendera mereka bagi membakar semangat tentera dan rakyatnya.
Tugas memegang bendera biasanya akan diserahkan kepada seorang atau beberapa pahlawan yang kental semangat juangnya agar tidak jatuh ke tanah. Mereka akan mempertahankan bendera masing-masing sebagai lambang kedaulatan.
Penggunaan bendera kemudiannya berkembang sebagai simbol kelompok masyarakat, kelompok agama serta kelompok-kelompok lainnya. Akhirnya, bendera menjadi simbol negara-bangsa dan juga organisasi-organisasi seperti yang kita kenal sekarang.
Jelaslah bahawa kewujudan bendera itu mempunyai akar umbinya tersendiri. Seorang warganegara yang baik dan prihatin terhadap kedaulatan negaranya akan memberikan penghormatan sewajarnya terhadap bendera tanah airnya. Ia tidak akan memijak, menconteng dan mengoyakkan bendera tanah airnya.
Ia juga akan memastikan bendera yang ingin dikibarkan itu berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Bendera akan dilipat dan dibentangkannya dengan baik dan tertib serta diletakkan di tempat yang bersih dan layak.
Bendera bagi sesebuah negara turut dihargai oleh negara atau bangsa lain. Misalnya, apabila ketua tertinggi sesebuah negara itu mengadakan kunjungan hormat ke sebuah negara lain maka bendera negara tamu itu akan turut dikibarkan mengikut protokolnya. Dalam pertandingan sukan antarabangsa, bendera negara-negara yang mengambil bahagian akan dikibarkan dengan megahnya.
Namun, kerap juga berlaku bendera bagi sebuah negara dijadikan sasaran oleh negara lain terutamanya ketika saat krisis kedua-dua negara itu menjadi genting. Mungkin rakyat dari salah sebuah negara yang berkrisis itu menunjukkan kemarahan atau protes mereka dengan cara membakar, mengoyak, menginjak-injak bendera seterunya.
Justeru, sudah sewajarnya di seluruh pelosok tanah air, pada saat bulan kemerdekaan ini terutama menjelang 31 Ogos yang semakin hampir ini, maka sepatutnya kita dapat menyaksikan kibaran Jalur Gemilang di premis-premis bangunan, kediaman dan kenderaan.
Apatah lagi jika ia dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan. Oleh itu, aktiviti tradisi patriotisme mengibarkan bendera kemegahan negara pada setiap bulan Ogos tidak boleh dilunturkan dari sanubari rakyat negara ini.
Justeru, untuk merangsang, membangkit dan melonjakkan momentum kibaran Jalur Gemilang ini maka Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan program "Kibaran Jalur Gemilang" sebagai aktiviti menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara ke-55.
 sajak: sehati sejiwa

Sejati sejiwa.
Kita menikmati erti kemerdekaan selama58 tahun ini, kita semua sepakat mengakui inilah kemerdekaan yang kita ucapkan, kita banggakan,
tetapi kita tidak tahu maksud sebenar apa itu kemerdekaan ?? Merdekah kita??

Sehati sejiwa
Kita bersama rasa, seia sekata, sependapat, saling menyayangi antara dua insan,
susah sama diharungi, manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.
Kita menghayati erti kemerdekaan mengharungi hari-hari mendatang tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…

Sehati sejiwa…
Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..
Dimana bangsaku, dimana kedudukan ku, dimana agama ku, di mana rakan ku??
Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..
Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini.. adakah ianya benar-benar tercapai??

Sehati sejiwa…
Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu, berpantang ajal sebelum maut, itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..
Kitalah yang menikmati bersama-sama … ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…

Sehati sejiwa…
Biarpun kita tidak sama fahaman, ideologi, agama, bangsa dan tidak satu tanah. Namun, kita semenanjung sabah dan sarawak mengakui inilah malaysia kita yang dibanggakan. 
Kita memerlukan diantara satu sama lain..
Kita tidak racist, kita tidak pilih kasih, kita sehati sejiwa…

Sehati sejiwa…
Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini… bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…
Bersatulah kita semua mengembling tenaga, jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.
Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…
Sehati sejiwa…
Akhirnya aku mengalah… inilah negara kita, tidak mampu bertahan lagi…. kerana anak bangsa ku sendiri yang merobohkan sendiri istana kemerdekaan… 

puisi merdeka 2015


dunia politik...
kulihat penuh dengan hipokrit
jentik-menjentik
berhujah berdebat seakan melastik
sesama sendiri secara diam
semua tergamam 
tindakan drastik...

perbedaan ideologi 
menumpahkan hujah mengikut emosi
fitnah-mrnfitnah
tuduh-menuduh
caci-mencaci
menyerlahkan banyak keaiban diri
tanpa solusi
tanpa revolusi

inikah dikatakan 'sehati sejiwa'
berpuluh tahun merdeka
namun asyik lagi bersengketa
sampai bila dan sampai bila?

merdekakah kita?