Thursday, 20 August 2015

#Sehatisejiwa - Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2015

#Sehatisejiwa merupakan hashtag untuk tema sambutan Kemerdekaan bagi tahun 2015, rasanya semua sudah pun tahu mengenai tema dan logo untuk tahun ini.

Sebagai makluman, mulai tahun ini sambutan hari kemerdekaan tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya disebut mengikut tahun seperti tahun ini Hari Kemerdekaan 2015 bertemakan Malaysia Sehati Sejiwa.


Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2015
Jika anda lihat pada logo kemerdekaan ini, ia direka dalam bentuk hati.. di dalamnya terdiri daripada peta Tanah Melayu dan juga Sabah Sarawak. Ditengah antara peta itu dilukis pula bentuk bulan dan bintang sepertimana dalam bendera Malaysia.

#SehatiSejiwa melambangkan kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusia bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada. Semangat perpaduan itu sentiasa wujud dalam diri mereka.

Pemilihan tema dan logo kemerdekaan 2015 ini, diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.




Sejarah Kemerdekaan



Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.


SEJARAH AWAL

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.


Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

ZAMAN PENJAJAHAN Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.


Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura
PENUBUHAN MALAYSIA

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
 
Perdana Menteri Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah


TARIKH LAHIR : 8 FEBRUARI 1903-6 DISEMBER 1990
TEMPAT LAHIR : ALOR STAR,KEDAH
PARTI POLITIK : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
PEKERJAAN : PEGUAM
TEMPOH PEMERINTAHAN : 1957-1990
GELARAN : BAPA KEMERDEKAAN



Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj 



TARIKH LAHIR : 11 MAC 1922-14 JANUARI 1976
TEMPAT LAHIR : PEKAN PAHANG
PARTI POLITIK : UMNO
PEKERJAAN : PEGUAM
TEMPOH PEMERINTAHAN : 1970-1976


Tun Hussein bin Dato' Onn



TARIKH LAHIR : 12 FEBRUARI 1922-29 MEI 1990
TEMPAT LAHIR : JOHOR BAHRU
PARTI POLITIK : UMNO
PEKERJAAN : PEGUAM
TEMPOH PEMERINTAHAN : 1976-1981



Tun Dr. Mahathir bin Mohd

 

TARIKH LAHIR : 20 DISEMBER 1925
TEMPAT LAHIR : ALOR STAR, KEDAH
PARTI POLITIK : UMNO
PEKERJAAN : DOKTOR
TEMPOH PEMERINTAHAN : 1981-2003



Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi



TARIKH LAHIR : 26 NOVEMBER 1939
TEMPAT LAHIR : KEPALA BATAS PULAU PINANG
PARTI POLITIK : UMNO
PEKERJAAN : PERNAH MENJADI SEORANG GURU
 TEMPOH PEMERINTAHAN :

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

 

TARIKH LAHIR : 27 JULAI 1953
TEMPAT LAHIR : KUALA LIPIS, PAHANG
PARTI POLITIK : UMNO
PEKERJAAN : PERDANA MENTERI
TEMPOH PEMERINTAHAN : 2009 SEHINGGA KINI



Bendera Malaysia


SEJARAH 

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.









































































Sejarah Kemerdekaan

No comments:

Post a Comment